Wednesday, August 17, 2011

Cincin di Jari Telunjuk, tak Boleh Pakai???


Assalamualaikum w.b.t

Hai ..agak rajin jugak aku mengupdate blog..(padahal assignment bertimbun) -_-

Aku ada sesuatu yang nak dikongsikan dengan korang semua..

Boleh ke pakai cincin kat jari telunjuk?

 aku memang curious gila pasal nie..nak tahu jugak , ssb ramai jugak la aku nampak ramai orang 
pakai cincin kat jari telunjuk tu..lecturer aku ada berkata

Hening – hening pagi (betul ke, tak kisah la)

Konah kinah : miss mcm mna nak buat acc nie..tak balance pun -_-
Miss melur : eh, kenapa kamu pakai cincin kt jari telunjuk?
 Tak baik tau, menyerupai orang kristian..
Konah kinah:“speechless”

Aku yang dengar pun tak tau nak cakap apa..tambah aku tak tahu pulak tak boleh pakai cincin kat jari telunjuk..
Lantas persoalan yang aku kira menyerang setiap pelusuk minda aku.
.
Aku ada cari juga kt internet . ada yang kata tak boleh pakai..

Lalu aku pun bertweet la dengan 
Tuan Asmawi bin Tuan Umar .
 beliau adalah penasihat & Mursyid Imam Muda 2 , Mentor ILUVISLAM Radio.

gambar dari FB beliau

Dan beliau balas di FB

Jawapannya :
wallahu'alam..

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum w.b.t


diambil dari sini :)

Friday, August 12, 2011

Bogel Menuju Tuhan

Assalamualaikum w.b.t

wahh,,tajuk apakah..

okay..chill..ini adalah tajuk buku dan aku akan review sikit pasal buku nie( sikit je,,kalian semua kena beli)..

buku Bogel Menuju Tuhan adalah karya anak muda, Zahiril Adzim..

(yang mane satu eh?)

daim a.k.a bob a.k.a zahiril adzim

kaca mata hitam

susah jugak buat math nie :)

ha, beliau lah yang dimaksudkan.

buku ini adalah karya sulung beliau

mari sini aku tuliskan sinopsis nya:

***
adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog , satu masa dahulu . Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

aku simpulkan , buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari - hari tidak berwarna, Jingga

                          *Zahiril Adzim*

menurut pandangan jauh aku nie, beliau menggunakan kata - kata yang cukup mendalam dan sebagai 

pembaca aku perlu berfikir apa yang cuba beliau sampaikan. bukan membaca dengan gerak pantas( kalau 

baca macam tu, confirm tak faham -___-)

banyak makna yang tersirat dan juga tersurat dalam buku BMT bukan double meaning ye..

gaya penulisan yang cukup sempoi bagi pendapat aku dan menggunkan perkataan yang mudah untuk 

difahami(tak guna bahasa yang extravagant lah)

selain itu, catatan beliau sangat kena dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita dalam kita sedar atau pun tak.

bukan hanya imaginasi tetapi realiti yang beliau cuba sampaikan..

setelah agak lama jugak la aku usha-usha buku , akhirnya buku ini sudah berada di genggaman dan selesai 

sudah membacanya. nak cakap jugak buku BMT aku beli secara online tu ada sign Zahiril Adzim..
(hahaha..excited pulak kan).-___-

"berapa harga buku ni eh?''

harga buku nie , tak mahal sangat la..RM 30 sahaja bukan US dollar mahupun Yen.

mahal ke? aku rasa tak de lah mahal sangat, buku ni kan idea orang so berbaloi la..susah kot nak mengeluarkan idea apatah lagi nak buat buku bagai kan.

apa lagi, pergi la berlari - lari kat kedai buku yang berhampiran seperti MPH, Kinokuniya dan sewaktu dengannya..

kalau nak beli online cuba usha kat sini 

okay la aku beransur dulu la ye..

akhir kata , kita semua pasti bogel menuju tuhan dan kematian itu sesuatu yang pasti dan akan tiba tak kira cepat ataupun lambat..

so, macam mna persediaan kita menuju Tuhan??

tanya IMAN kita..

buku ini terbaaekk~~( bak kata boboiboy) hehe

p/s : air apa yang paling mahal??

jawapanyaa:  IDEA!

Monday, August 8, 2011

Sebahagian daripada Aku

Assalamualaikum w.b.t

sebenarnya , tiada niat pun nak mengupdate blog, tapi setelah aku melihat 

blog rakan baik ku,sarah aku ingin

 membuat entri ini untuk dikongsikan bersama rakan - rakan yang lain. :)

dalam persahabatan mesti ada berlaku pertengkaran, tak kira lah sama ada perselisihan faham yang sekecil ZARAH atau pun sebesar GAJAH.




tipulah kalau tak pernah bergaduh degan rakan baik sendiri.

aku bukan nak cerita pasal aku pernah bergaduh ke tak.

tapi, aku nak cerita pasal persahabatan yang mana tak di landa ombak (hehehe)

APAKAH ???


okay, chill semuaa..setiap orang mesti ada kawan kan? tak kisah la rakan sepermainan (time kecik- kecik,

 sekarang dah tak jumpa), rakan kat laman sosial ke, rakan pergi pasar malam sama- sama ke, apa - apa je 

lah. janji KAWAN bukan LAWAN..

termasuk aku juga, aku pun ada rakan baik yang selalu bagi aku nasihat dan mengajar aku bila aku tak tahu 

buat soalan matematik(hihi) ye..memang aku tak suka buat math..

walaupun berkali-kali ( beratus mungkin) dia ajar aku math dengan sabar sekali..

kalau bab mengira,,haiihh,,,macam nak lari je dari sekolah( okay ini tipu) -___-

tapi, dia tak pernah mengeluh pun kalau aku suruh dia ajarkan aku..dia sempoi kot ~~

selain itu juga (cewah),

dia adalah kawan yang baik yang selalu ada apabila aku ada masalah..pendengar yang setia dan pemberi nasihat. :)

walaupun aku pernah terasa hati dengan dia( biasalah adat berkawan) mesti kes

TERsentap - sentap wujud  la kan. (mungkin aku gagal dalam mengawal emosi).

tapi aku tak pernah pun melatah ( bukan penyakit melatah ye) (melatah sikit je) haha

sebab aku tahu mesti ada hikmahnya.

cuma chill cili sudah..

banyak kisah suka dan duka aku dengan dia..




kamu la,,yang berkaca mata tu..

aku rindu bila waktu tak ada cikgu buat senamaerobik dengan dia dekat belakang kelas dengan rakan yang lain, Dba..

waktu buat math sama - sama ( aku buat faham juga walaupun tak faham -___-) hihi

 stayback kat sekolah sampai petang

tangkap gambar guna webcam dekat rumah dia( buat muka pelik-pelik, skali dengan Dba)haha

makan nasi goreng dengan ayam sama-sama :)

jaga makmal komputer( tapi kita buat macam makmal komputer sekolah macam kita punya) hihi
dan banyak lagii ..

terima kasih bagi kad birthday yang sarah buat sendiri , sangat menghargainya..:)

ingat lagi ayat sarah dalam kad tu

" kalau tak jumpa kita, cari kat tele dera"

part nie sangat la kelakar.. rinduu:)

semoga persahabatan kita akan berterusan sampai bila - bila , mungkin saat diri ini hampir menutup mata.

insyaALLAH :)













Thursday, August 4, 2011

Bilik Kaku

Assalamualaikum w.b.t

Pagi yang cerah aku kira,

Aku? Bukan di pembaringan ,

tapi dalam bilik sejuk,

Gigil, Sejuk , Tiada Haba..

Aku kira tempat yang mempunyai signifikasi yang tersendiri,

SEBAB APA?

tempat di mana seorang penjual ilmu memulakan daganganya,

yang aku rasa penting untuk PENAGIH macam aku,

bukan PENAGIH sia - sia yang digeruni oleh masyarakat,

tetapi PENAGIH yang menagih KEJAYAAN yang mampu menyerlahkan bakatnya.

bermula dari sini


Bilik Kaku,
Banyak orang.

Wednesday, August 3, 2011